Kejohanan Olahraga MSS SK Selupoh 2010


Unit Ko-Kurikulum telah melaksanakan Kejohanan Olahraga MSS SK Selupoh 2010 pada tarikh 21 Nov 2009. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih atlit untuk mewakili sekolah pada tahun 2010. Ia telah dijalankan di padang Kampung Selupoh.

Kejohanan Futsal 2009


Unit Ko-Kurikulum SK Selupoh telah menganjurkan kejohanan futsal pada tarikh 4 Nov 2009 di Futsal Tamparuli. Program ini merupakan program selepas peperiksaan UPSR dan melibatkan para pelajar tahap 2 sahaja.

Tamu Sains dan Matematik 2009


Institut Perguruan Kent Tuaran telah menganjurkan Tamu Sains dan Matematik pada tarikh 26 Okt. Pelajar tahun 6 SK Selupoh telah dijemput untuk menghadiri tamu tersebut sebagai salah satu aktiviti selepas peperiksaan UPSR.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009


Majlis sambutan ini telah diadakan pada tarikh 5 Okt 2009. Terima kasih kepada pelajar tahun 4 ( 2009 ) kerana menjemput para guru menyambut Majlis Hari Raya.

Lawatan ke Rasa Ria Resort


Rasa Ria Resort telah memberi peluang kepada pelajar tahun 6 SK Selupoh untuk membuat lawatan di sana. Lawatan ini bertujuan untuk menanamkan dalam diri pelajar agar sentiasa mencintai alam sekitar, mencintai haiwan dan mengamalkan proses kitar semula. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa lawatan ini seperti sesi taklimat, melihat Orang Utan, menanam pokok, melawat persisiran pantai dan sebagainya.

Sambutan Kemerdekaan 2009


Selupoh telah menyambut Hari Kemerdekaan 2009 pada tarikh 14 Ogos. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu merdeka ini seperti mewarna, silang kata, kuiz, pertandingan sajak dan syair. Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih dari IPG Kent kerana menguruskan program ini.

Kem Motivasi UPSR 2009


Kem Motivasi UPSR 2009 ini telah dijalankan pada 17 - 19 July 2009 di SK Selupoh. Ia diadakan untuk memberi pendedahan awal UPSR kepada pelajar tahun 6 agar bersedia menghadapi peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September nanti.

Hari Gotong Royong SK Selupoh


Hari gotong-royong melibatkan semua warga SK Selupoh berganding bahu dan bekerjasama membersihkan persekitaran sekolah. Para guru juga turut berkongsi duit membeli batu, dawai besi dan simen untuk menurap dan membaiki jalan yang tidak rata, berlopak dan berlubang di kawasan sekolah.

Sukan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) 2009


Sukan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) ini telah dijalankan pada 28 May 2009 di padang Kampung Selupoh. Sukan ini melibatkan semua para pelajar, guru-guru, kakitangan dan ibu bapa pelajar SK Selupoh. Ini diadakan bertujuan untuk menguatkan ikatan perpaduan antara kaum dan merapatkan hubungan baik antara guru,pelajar dan ibu bapa.

Sambutan Hari Guru SK Selupoh 2009


Sambutan Hari Guru 2009 telah dianjurkan pada tarikh 25 May 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis ini seperti persembahan nyanyian dari pelajar di bawah bimbingan Cikgu Shafie, sketsa lakonan dari pelajar tahun 6 di bawah bimbingan Cikgu Zahari dan Cikgu Martina, bacaan sajak oleh saudari Irennbera, pemotongan kek hari guru, pertukaran hadiah diantara guru dan nyanyian lagu guru oleh para guru SK Selupoh.

Mesyuarat PIBG SK Selupoh 2009


Mesyuarat PIBG SK Selupoh 2009. Pelbagai isu-isu berbangkit dibincangkan, pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru.

Sukan Zon Sulaman 2009


Sukan Peringkat Zon Sulaman 2009 diadakan di padang SK Serusup Secara keseluruhan pasukan atlit kita telah berjaya menduduki tempat ke-4. Manakala pasukan barisan SK Selupoh tidak berjaya memenangi kategori perbarisan terbaik. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada para pelajar yang berjaya memungut pingat serta mengharumkan nama sekolah. Juga ucapan terima kasih kepada para guru yang terlibat sepanjang melatih dan menjayakan program sukan SK Selupoh.
.