Info Sekolah Kebangsaan Selupoh


SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1960, sebuah Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) telah ditubuhkan, yang dipelopori oleh Tun Hamdan Abdullah (Datuk Indan Kari), Ketua Daerah Tuaran (OKK). Bilik darjah pertama dibina di bawah rumah beliau dan bilangan murid hanya seramai 62 orang dengan seorang tenaga pengajar sahaja iaitu Encik Tanjung Bin Lapak. Pada tahun 1961, bangunan sementara yang beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh telah dibina secara bergotong-royong di sebidang tanah yang berkeluasan 4.42 ekar. Peruntukan bagi membiayai kos gaji seorang guru ketika itu ditanggung oleh ibu bapa murid.Pada tahun 1965, Jabatan Pendidikan Sabah memperuntukkan sebuah bangunan separuh kekal yang mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Balairaya Kampung Selupoh telah digunakan untuk mengadakan kelas tambahan sehingga menjelang tahun 1969. Pada tahun 1976, satu bangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah didirikan dengan menempatkan empat buah bilik darjah, pejabat pentadbiran dan dua buah rumah guru.

VISI SEKOLAH

Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum, profesionalisme, pengurusan, kepimpinan, fizikal dan persekitaran.

MISI SEKOLAH

  • Melahirkan murid-murid yang celik huruf dan nombor.
  • Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
  • Melahirkan warga sekolah yang berketrampilan, berwibawa dan dedikasi.
  • Melahirkan warga sekolah yang mempunyai jasmani dan rohani yang seimbang.
  • Melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif.
  • Melahirkan insan yang mempunyai semangat cintakan negara.
  • Mewujudkan pengurusan yang seimbang.
  • Melahirkan warga yang penyayang dan masyarakat penyayang.
  • Melahirkan warga berdisiplin dan berdikari.
  • Melibatkan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan PIBG, agensi-agensi awam, syarikat-syarikat swasta, NGO-NGO, individu dan masyarakat sekeliling.
  • Mewujudkan suasana fizikal yang indah, bermaklumat dan berfungsi dengan berkesan.
  • Mewujudkan warga sekolah yang celik teknologi maklumat.

LAGU SEKOLAH


SEKOLAH KAMI SK SELUPOH,
BERDIRI MEGAH GAGAH PERKASA,
INDAH PERMAI MESRA SENTIASA,
HARMONI AMAN DAN DAMAI,
GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG,
SEKOLAH JADI TERBILANG.

BERSAMA KITA BERSATU PADU,
AGAR DIRI MAJU SELALU,
USAHA MAJU JAYA,
ITULAH COGAN KAMI
SEBAGAI GEDUNG ILMU
KAMI BANGGA BERSAMAMU.



Guru-guru SK Selupoh


Game Permainan





Pause = Space Bar, Control = Arrows , Fire = Z , Bomb = X

Peraturan Sekolah

1. PERATURAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

1. Semua pelajar perlu pakai seragam sekolah yang lengkap, berkasut putih daripada kanvas, bukan kulit dan berstokin putih serta bersih, kemas dan rapi.

1A. PELAJAR LELAKI

1. Baju kemeja putih berlengan pendek dan berwarna putih dan sentiasa di masukkan ke dalam seluar. Memakai seluar panjang berwarna biru tua. Tali pinggang hendaklah be
rwarna hitam atau gelap.
2. Rambut hendaklah sentiasa kemas, pendek, bersih, disikat dengan rapi, tidak menutupi dahi, tidak melebihi kolar baju dan tidak menutupi telinga. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut dengan inai / pewarna rambut dan tidak dibenarkan memakai gel rambut

1B. PELAJAR PEREMPUAN

1. Baju kemeja putih dengan lengan pendek dan pinafore berwarna biru tua berukuran tidak lebih 3 inci dari paras lutut.
2. Baju kurung dengan kain sarung berwarna biru tua dan labuhnya di bawah paras buku lali.
3. Pelajar perempuan yang beragama islam diwajibkan memakai baju kurung dan bertudung berwarna putih.
4. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas, tidak boleh menutupi bahagian muka. Hanya reben atau penyepit rambut yang berwarna hitam dan biru tua sahaja yang boleh digunakan. Hiasan yang berlebihan tidak dibenarkan.
5. Dilarang memakai alat solek ke sekolah atau semas
a mewakili sekolah kemana-mana acara.
6. Dilarang mencabut bulu kening, menyimpan kuku panjang serta mewarnakannya.
7. Dilarang memakai barang-barang kemas, bunga, anting-anting telinga dan sebagainya. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, logam, manik, getah dan sebagainya juga tidak dibenarkan.

1C. PAKAIAN PEGAWAS DISIPLIN

1. Pengawas lelaki memakai kasut berwarna hitam, kemeja putih berlengan pendek, berseluar panjang warna biru tua dengan memakai tali leher pengawas berwarna maroon, baju ‘ vest ' pengawas berwarna maroon dan lencana pengawas.
2. Pengawas perempuan memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna putih, kain sarung berwarna biru tua atau pinafore berwarna biru tua, kasut berwarna hitam dengan memakai tali leher pengawas berwarna maroon, baju ‘ vest ’ pengawas berwarna maroon dan lencana pengawas.
3. Bagi pengawas perempuan yang beragama islam, mereka perlu memakai tudung berwarna putih dan perlu dimasukan ke dalam baju kurung.

1D. PAKAIAN KETIKA PENDIDIKAN JASMANI

1. Semua pelajar dikehendaki memakai baju dan seluar sukan ( track suit ) sekolah SK Selupoh.

2. PERATURAN DI BILIK DARJAH

1. Para pelajar bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik darjah masing-masing dan menjaga keselamatan peralatan di dalamnya.
2. Pelajar yang bertugas dikehendaki menyempurnakan tugasnya pada waktu pagi dan waktu rehat.
3. Pengawas akan mengawasi kesempurnaan kerja-kerja pada waktu yang sama.
4. Tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu persekolahan kecuali mereka mendapat kebenaran dari guru kelas.
5. Dilarang menconteng dan merosakkan harta benda / peralatan dalam bilik darjah.
6. Semasa duduk atas kerusi, dilarang menjongketkan kerusi
7. Pelajar yang hendak keluar ke tandas atau keluar untuk berjumpa guru / murid lain pada waktu belajar hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang meng
ajar ( dibenarkan dalam keadaan terdesak dan mustahak sahaja )
8. Pelajar hendaklah bangun memberi salam jika ada pelawat atau mana-mana guru yang masuk ke kelas.
9. Pelajar hendaklah melengkapkan diri untuk sesuatu mata pelajaran sebelum bermulanya pembelajaran tersebut. Pelajar dikehendaki membawa beg ke sekolah dengan peralatan lengkap seperti buku, alatan tulis dan pakaian Pendidikan Jasmani hendaklah disediakan.
10. Pemeriksaan mengejut akan dibuat dari masa ke semasa oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru bertugas bagi memastikan bilik darjah sentiasa bersih dan selesa.
11. Selepas 5 minit, jika dalam sesuatu mata pelajaran guru tidak datang mengajar hanya ketua sahaja dibenarkan menemui guru berkenaan untuk menerima arahan.
12. Jika guru tidak masuk mengajar disebabkan sesuatu hal, murid hendaklah menggunakan masa tersebut untuk mengulangkaji / membuat pembacaan sendiri dan tidak membuat bising atau merayau keluar kelas.
13. Murid dilarang membawa sebarang alat permainan atau sebarang alat hiburan ke sekolah.
14. Selepas waktu persekolahan, tong sampah hendaklah dikosongkan, kerusi hendaklah diangkat di atas meja, meja diatur dengan lurus dan laci dibersihkan.
15. Bilangan / jumlah pelajar dan bilangan yang tidak hadir setiap hari hendaklah dicatatkan di celah satu sudut di atas papan papan hitam atau papan
putih kelas.

3. KEHADIRAN PELAJAR

1. Pelajar hendaklah menghadiri ke sekolah 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan
2. Waktu sekolah akan bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.
3. Pelajar dikehendaki berada di kelas dan mengikuti semua mata pelajaran. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya murid didapati ponteng dalam salah satu mata pelajaran.
4. Pelajar tidak dibenarkan bercuti kecuali kesihatannya tidak sihat dan perlu sertakan surat sakit dari klinik kepada guru kelas atau mempunyai hal-hal yang tidak dapat dielakkan dan perlu juga sertakan surat rasmi dari ibubapa kepada guru kelas.
5. Semasa sesi persekolahan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
6. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang selalu ponteng sekolah. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah selama 5 hingga 7 hari berturut-turut / berkala tanpa sebarang alasan yang kukuh, akan dihubungi oleh guru kelas untuk amaran pertama. Sekiranya lebih seminggu tidak hadir, pelajar berkenaan akan diberi amaran kedua. Sekiranya lebih seminggu berturut-turut / berkala, murid akan digantung bertarikh. Selepas itu pelajar akan dicadangkan gantung tanpa tarikh sehingga mendapat kelulusan dari Pengarah Pendidikan.

4. PERHIMPUNAN

1. Perhimpunan sekolah akan diadakan sekali seminggu setiap hari isnin pada jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi.
2. Para pelajar hendaklah berbaris selewat-lewatnya 5 minit sebelum loceng perhimpunan dibunyikan dalam keadaan yang teratur dan senyap.
3. Ketua kelas hendaklah memastikan agar semua pelajar berbaris dalam barisan kelas masing-masing.
4. Semasa perhimpunan sedang berlangsung, pelajar tidak dibenarkan sama sekali bercakap atau berbuat bising.
5. Semasa perhimpunan, pelbagai arahan, teguran dan maklumat akan dibuat oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Bertugas.
6. Semua pelajar dikehendaki menghormati lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Pelajar dikehendaki menyanyi dengan kuat dan penuh semangat.

5. PUSAT SUMBER

1. Pusat sumber diadakan bagi membolehkan pelajar membuat kerja-kerja rujukan dan meminjam buku
2. Pelajar dibenarkan meminjam buku sebanyak dua buah sahaja bagi tempoh dua minggu.
3. Pelajar yang lewat mengembalikan buku yang dipinjam akan dikenakan denda.
4. Buku-buku yang rosak atau hilang hendaklah diganti oleh pelajar yang meminjam
5. Pelajar dilarang membawa keluar buku-buku, majalah dan alat-alat perpustakaan dari perpustakaan tanpa kebenaran dari guru pusat sumber atau pengawas yang bertugas.
6. Semasa membuat rujukan, dilarang dari menconteng buku-buku dan majalah.
7. Sekiranya ini berlaku tindakan disiplin akan diambil kepada pelajar tersebut.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman atau barang ke dalam Pusat Sumber. Hanya alatan tulis, buku tulis dan buku teks sahaja yang dibenarkan. Buku kepunyaan sendiri yang hendak dibawa masuk, hendaklah dilaporkan kepada Pengawas Pusat Sumber.
9. Dilarang membuat bising, mengusik, menganggu kawan, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.
10. Pelajar dilarang menconteng / mengotorkan mana-mana bahagian di dalam Pusat Sumber.
11. Guru Pusat Sumber bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturan, jadual ke Pusat Sumber dan menentukan keselamatan Pusat Sumber sepenuhnya.

6. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1. Semua buku pinjaman hendaklah dibalut dan dijaga dengan baik. Jaga kebersihan buku teks yang dipinjam.
2. Jangan menconteng dan merosakkan buku-buku pinjaman, sekiranya rosak atau hilang maka pelajar bertanggungjawab untuk menggantikan buku tersebut.
3. Pihak sekolah berhak untuk tidak memberikan pinjaman buku teks kepada pelajar yang belum menggantikan kehilangan buku / kerosakkan teruk buku tersebut.
4. Tidak dibenarkan meminjamkan buku teks kepada orang lain atau dijual. Buku-buku hendaklah dibawa ke sekolah seperti yang dikehendaki oleh guru.
5. Sekiranya pelajar terjumpa buku teks di mana-mana sahaja hendaklah menyerahkan kepada guru bertugas, Penolong Kanan atau ke pejabat.
6. Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh sekolah. Kegagalan berbuat demikin akan menyebabkan pelajar tersebut dikenakan denda atau tidak dibenarkan lagi meminjam buku teks.

7. HARTA BENDA SEKOLAH

1. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan alat-alat sekolah tanpa kebenaran guru. 2. Kerosakkan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru.
3. Dilarang merosakkan / menconteng sebarang harta benda milik sekolah.
4. Pelajar yang didapati merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja dikehendaki membayar gantirugi mengikut harga yang ditetapkan oleh Guru Besar. Jika tidak dapat dikesan siapa ‘pelakunya’, maka semua pelajar di dalam kelas tersebut bertanggungjawab untuk membayar gantirugi tersebut.

8. AKTIVITI KO-KURIKULUM

1. Semua pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam latihan dan permainan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa.
2. Pelajar yang mengidap penyakit dan mempunyai surat pengesahan doktor kerajaan dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam sukan permainan dan lain-lain.
3. Pelajar dikehendaki memakai baju yang sesuai ketika aktiviti dijalankan seperti pakaian sukan / Pendidikan Jasmani.

9. AKTIVITI DI LUAR SEKOLAH

1. Pelajar dilarang melibatkan diri dari sebarang persatuan luar terutamanya pertubuhan / persatuan haram, politik dan sebagainya.
2. Pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam majlis sosial yang keterlaluan, menari di khalayak ramai dan menyertai pertandingan Ratu Cantik.
3. Pelajar dilarang bermain permainan ‘pin table’, ‘video game’ dan permainan seumpamanya di tempat-tempat awam. Pelajar dilarang membawa ke sekolah segala jenis permainan ‘Game Watch’.

10. TINDAKAN DISIPLIN

Pelajar yang melanggar undang-undang dan peraturan sekolah akan diambil tindakan yang sewajarnya mengikut jenis-jenis kesalahan.Antara tindakan yang akan dikenakan ialah :
1. Amaran secara lisan atau bertulis
2. Dimarah di khalayak ramai
3. Denda / penahanan
4. Dirotan
5. Penggantungan sekolah
6. Dibuang sekolah
7. Tiap-tiap kesalahan akan dicatat dan dipertimbangkan apabila pihak sekolah mengeluarkan surat berhenti sekolah atau surat akuan.

11. PERATURAN AM SEKOLAH

Semua pelajar diwajibkan :
1. Menghormati guru
2. Menghormati tetamu sekolah
3. Menghormati kakitangan sekolah dan rakan-rakan
4. Mengamalkan kebersihan sepanjang masa
5. Mengamalkan disiplin diri
6. Menghormati masa dan kemudahan awam
7. Berkelakuan baik dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada pengajaran guru
8. Bergerak secara tertib dan senyap ketika di sekolah
9. Bersopan santun setiap masa
10. Bertutur dengan bahasa yang sopan dan menggunakan nada suara yang rendah
11. Menjaga dan berusaha meningkatkan keceriaan sekolah
12. Menjaga tingkah laku dan nama baik sekolah semasa berada di luar sekolah
13. Tidak merokok, berjudi samada ketika berada di sekolah atau sebaliknya.




Galeri Aktiviti

1. Sukan Zon Sulaman 20102. Kem Motivasi UPSR 2010
3. English Week4. Sepak Takraw 2010
5. Jogathon 20106. Sukan Sekolah 2010
7. Kejohanan Futsal 20098. Tamu Sains & Math 2009
9. Sambutan Aidilfitri 200910. Rasa Ria Resort 2009
11. Merdeka 200912. Kem Motivasi UPSR 2009
13. Gotong-royong 200914. RIMUP 2009
15. Hari Guru 200916. Mesyuarat PIBG 2009
17. Sukan Zon Sulaman 200918. Futsal 2008
.