Kem Motivasi UPSR 2010



Kem Motivasi UPSR 2010 telah dianjurkan oleh Unit Kurikulum pada tarikh 12-14 Mac 2010 di SK Selupoh ( 3 Hari 2 Malam ). Program ini diwajibkan kepada pelajar tahun 6 manakala pelajar tahun 5 digalakkan untuk menyertainya. Program ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2010 nanti. Tahniah diucapkan kepada para guru & pelatih dari IPG Kent kerana berjaya menjalankan program ini dengan jayanya.

English Week 2010


Pada tarikh 8-12 Mac 2010, merupakan sekolah telah menjalankan Minggu Bahasa Inggeris. Program ini telah dianjurkan oleh Panitia English, diketuai oleh Cikgu Martina dan Cikgu May O Mail. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang minggu tersebut seperti kuiz, puzzle, pertandingan bercerita, persembahan nyanyian dan lain-lain lagi.

Sepak Takraw 2010


SK Selupoh telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw 2010. Kejohanan ini telah dijalankan di Dewan Pekan Tuaran dan telah disertai oleh 16 pasukan dari 10 buah sekolah rendah sekitar Tuaran.

Kursus Kepimpinan 2010


Unit Disiplin bekerjasama dengan Unit Pusat Sumber bagi melaksanakan program Kursus Pepimpinan 2010 pada tarikh 20 Feb. Kursus ini melibatkan para pengawas disiplin, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Ia dijalankan bertujuan untuk menerangkan peraturan sekolah, tugas-tugas pengawas dan mencungkil sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Sukan Zon Sulaman 2010


Sukan Zon Sulaman 2010 telah diadakan di Padang Kampung Selupoh pada tarikh 9 Feb 2010. SK Serusup selaku tuan rumah pada kali ini. Walaupun SK Selupoh tidak memenangi sebarang pingat pada tahun ini, namun atlit olahraga & perbarisan menunjukkan semangat kesukanan yang jitu. Cikgu Saiful & Cikgu Zahari merupakan jurulatih atlit sukan manakala Cikgu Shafieh & Cikgu May merupakan jurulatih perbarisan. Pada tahun ini terdapat peningkatan yang ketara dalam kontijen perbarisan kita terutama baju yang cantik dan seragam pada tahun ini.

Larian Jogathon


Sekolah telah menganjurkan Larian Jogathon pada 22 Jan 2010 ( Jumaat ). Program ini hanya melibatkan semua pelajar kecuali pelajar tahun satu. Laluan larian merupakan kawasan kampung selupoh sahaja.
.