Info Sekolah Kebangsaan Selupoh


SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1960, sebuah Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) telah ditubuhkan, yang dipelopori oleh Tun Hamdan Abdullah (Datuk Indan Kari), Ketua Daerah Tuaran (OKK). Bilik darjah pertama dibina di bawah rumah beliau dan bilangan murid hanya seramai 62 orang dengan seorang tenaga pengajar sahaja iaitu Encik Tanjung Bin Lapak. Pada tahun 1961, bangunan sementara yang beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh telah dibina secara bergotong-royong di sebidang tanah yang berkeluasan 4.42 ekar. Peruntukan bagi membiayai kos gaji seorang guru ketika itu ditanggung oleh ibu bapa murid.Pada tahun 1965, Jabatan Pendidikan Sabah memperuntukkan sebuah bangunan separuh kekal yang mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Balairaya Kampung Selupoh telah digunakan untuk mengadakan kelas tambahan sehingga menjelang tahun 1969. Pada tahun 1976, satu bangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah didirikan dengan menempatkan empat buah bilik darjah, pejabat pentadbiran dan dua buah rumah guru.

VISI SEKOLAH

Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum, profesionalisme, pengurusan, kepimpinan, fizikal dan persekitaran.

MISI SEKOLAH

  • Melahirkan murid-murid yang celik huruf dan nombor.
  • Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
  • Melahirkan warga sekolah yang berketrampilan, berwibawa dan dedikasi.
  • Melahirkan warga sekolah yang mempunyai jasmani dan rohani yang seimbang.
  • Melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif.
  • Melahirkan insan yang mempunyai semangat cintakan negara.
  • Mewujudkan pengurusan yang seimbang.
  • Melahirkan warga yang penyayang dan masyarakat penyayang.
  • Melahirkan warga berdisiplin dan berdikari.
  • Melibatkan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan PIBG, agensi-agensi awam, syarikat-syarikat swasta, NGO-NGO, individu dan masyarakat sekeliling.
  • Mewujudkan suasana fizikal yang indah, bermaklumat dan berfungsi dengan berkesan.
  • Mewujudkan warga sekolah yang celik teknologi maklumat.

LAGU SEKOLAH


SEKOLAH KAMI SK SELUPOH,
BERDIRI MEGAH GAGAH PERKASA,
INDAH PERMAI MESRA SENTIASA,
HARMONI AMAN DAN DAMAI,
GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG,
SEKOLAH JADI TERBILANG.

BERSAMA KITA BERSATU PADU,
AGAR DIRI MAJU SELALU,
USAHA MAJU JAYA,
ITULAH COGAN KAMI
SEBAGAI GEDUNG ILMU
KAMI BANGGA BERSAMAMU.



0 comments:

Post a Comment

.