Kursus Kepimpinan 2010


Unit Disiplin bekerjasama dengan Unit Pusat Sumber bagi melaksanakan program Kursus Pepimpinan 2010 pada tarikh 20 Feb. Kursus ini melibatkan para pengawas disiplin, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Ia dijalankan bertujuan untuk menerangkan peraturan sekolah, tugas-tugas pengawas dan mencungkil sifat kepimpinan dalam diri pelajar.

Sukan Zon Sulaman 2010


Sukan Zon Sulaman 2010 telah diadakan di Padang Kampung Selupoh pada tarikh 9 Feb 2010. SK Serusup selaku tuan rumah pada kali ini. Walaupun SK Selupoh tidak memenangi sebarang pingat pada tahun ini, namun atlit olahraga & perbarisan menunjukkan semangat kesukanan yang jitu. Cikgu Saiful & Cikgu Zahari merupakan jurulatih atlit sukan manakala Cikgu Shafieh & Cikgu May merupakan jurulatih perbarisan. Pada tahun ini terdapat peningkatan yang ketara dalam kontijen perbarisan kita terutama baju yang cantik dan seragam pada tahun ini.

Larian Jogathon


Sekolah telah menganjurkan Larian Jogathon pada 22 Jan 2010 ( Jumaat ). Program ini hanya melibatkan semua pelajar kecuali pelajar tahun satu. Laluan larian merupakan kawasan kampung selupoh sahaja.

Kejohanan Olahraga MSS SK Selupoh 2010


Unit Ko-Kurikulum telah melaksanakan Kejohanan Olahraga MSS SK Selupoh 2010 pada tarikh 21 Nov 2009. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih atlit untuk mewakili sekolah pada tahun 2010. Ia telah dijalankan di padang Kampung Selupoh.

Kejohanan Futsal 2009


Unit Ko-Kurikulum SK Selupoh telah menganjurkan kejohanan futsal pada tarikh 4 Nov 2009 di Futsal Tamparuli. Program ini merupakan program selepas peperiksaan UPSR dan melibatkan para pelajar tahap 2 sahaja.
.